Tuesday, March 20, 2012

Mana Letak Harga Diri Seseorang???

HARGA DIRI ADALAH MARUAH


Fikirkan 


Harga diri manusia adalah maruahnya,
Pada maruahlah keindahan seseorang itu,
Maruah tidak boleh dijualbeli,
Kerana itu jagalah maruah diri,

Jangan cemarkan maruah diri,
Hilang kepercayaan seluruh manusia,
Allah dan Rasul juga memandang tinggi maruah manusia,
Jika di dalam kehidupan seseorang itu sudah dapat dilihat cacat-celanya,

Seperti pembohong, penzina, bergaul bebas dengan betina,
mungkir janji, khianat, rosak akhlaknya, menzalimi, penipu,
mementingkan diri jadi budaya, harga diri sudah tiada,
Hilanglah kepercayaan manusia,

Diwaktu ini ilmu yang tinggi tidak dapat menebusnya,
Wang ringgit tidak dapat memulihkannya,
Pangkat dan darjat begitu juga,
Sekalipun bertaubat,

Jagalah harga diri jangan sampai tercemar,
Jika berlaku musnah dan punah harga diri,
Nama baik tercemar,
Menderitalah sepanjang hidup seseorang itu. 

1 comment:

RHI said...

harga diri adalah mahkota bagi kaum hawa

 

(^_*) Kisah HiD0p Ayer . ! ! (^_^). Design By: SkinCorner